suria

Nantes beri penghormatan kepada Sala 'Animo Emi' sebelum perlawanan

NANTES membuat penghormatan kepada bekas pemainnya Emiliano Sala sebelum perlawanan bersama St Etienne pada Rabu.

Pesawat yang membawa penyerang itu masih belum ditemui Kepulauan Channel minggu lalu ketika membawanya ke Cardiff City, kelab baharu Sala.

Nantes berdepan dengan perlawanan pertama selepas kehilangan Sala 21 Januari lalu.

Penyokong-penyokong Nantes turut meninggalkan bunga di luar stadium sebagai penghormatan kepada Sala.

Mereka membuat bulatan tengah kecil menggunakan poster kain gamabr Sala dan nama pemain itu turut disebut oleh penyokong-penyokong dan tiga keping kad besar berwarna kuning dan hijau diletakkan di belakang  kedua-dua pasukan.

Penyokong-penyokong Nantis juga turut meletakkan bunga di luar Stade de la Beaujoire sebelum perlawanan.


Ketika aksi pemanas badan, pemain-pemain Nates juga memakai baju -T gambar Sala dengan ayat 'Kami sayang kamu Emi' di bahagian belakang.

Malah di setiap jersi pemain juga turut tercatat 'Animo Emi' di bahagian belakang.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1.-Dailymail.co.uk

Nantes, Sala

Artikel Lain