KAPTEN Cardiff City, Sol Bamba mendedikasikan jaringannya dan kemenangan 2-1 ke atas Southampton kepada Emiliano Sala selepas perlawanan penuh emosi dilalui oleh kelab Welsh itu. Perlawanan pada Sabtu berkenaan adalah pusingan pertama perlawanan Liga Perdana Inggeris sejak berita pemergian pemain tersebut disahkan pada awal minggu ini. Mayat penyerang Argentina itu secara sah dikenal pasti oleh seorang koroner Inggeris pada Khamis, iaitu sehari selepas ia dikeluarkan dari bangkai pesawat yang ditemui di Selat Inggeris. ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik Cardiff, Vincent Tan biayai kos hantar pulang mayat Sala ke Argentina "Banyak perkara yang berlaku di fikiran saya. Saya kenal Emiliano. Saya tahu dia sedang melihat di atas sana. Kemenangan dan gol ini adalah untuknya," kata Bamba. Pesawat yang membawa Sala dari bandar Nantes ke Cardiff, hilang berhampiran Pulau British Guernsey pada 21 Januari. Bagaimanapun, juruterbang David Ibbotson masih hilang. Keluarganya telah melancarkan kempen mengutip dana untuk mencari mayatnya. Cardiff telah diberi kebenaran oleh Liga Perdana Inggeris untuk memakai baju sulaman dengan daffodil kuning sebagai lambang kebangsaan Wales dan warna pasukan Nantes. Sebelum perlawanan berlangsung, pemain bertafakur selama seminit di Staidum St Mary untuk memperingati kehilangan Sala. - I Africa