LEGENDA Liverpool, Michael Owen yakin pasukan kendalian Jurgen Klopp itu berpeluang merampas trofi Liga Perdana Inggeris yang dimenangi Manchester City musim lalu pada kempen kali ini. Keyakinan itu dilontarkan selepas melihat laluan mudah yang perlu diharungi The Reds berbanding Manchester City yang perlu berdepan lawan sukar selepas ini. "Apa yang saya lihat ketika ini hanya City dan Liverpool yang berpotensi untuk menang. Kalau tahun sebelum ini pasukan di tangga kedua mempunyai jurang 10 mata dengan pendahulu liga, tetapi tahun ini kita lihat saingat amat sengit. "Pasukan itu (Liverpool) berada pada standard luar biasa ketika ini. Meskipun kutipan mata jatuh sedikit tetapi Manchester City berdepan penamat yang sukar. Laluan Liverpool lebih mudah. "Jadi saya fikir walaupun Manchester City ada kelebihan mata dan gol, Liverpool pula ada kelebihan dari segi perlawanan mereka," katanya kepada pemberita di Padang SUK, Shah Alam, pagi Selasa. Liverpool kini menduduki tangga kedua dibezakan satu mata dengan City yang mengutip 71 mata ketika saingan EPL hanya berbaki sembilan perlawanan. Sementara itu, ketika ditanya mengenai nasib Manchester United musim ini, Owen yakin pasukan kendalian jurulatih sementara Ole Gunnar Solskjaer itu akan menamatkan saingan di kelompok empat pasukan terbaik. Owen menurunkan tandatangan pada baju salah seorang peminatnya. Foto AFIQUE YUSOFF/THE STAR Mereka boleh tamat di tempat empat teratas. Mereka mempamerkan kebangkitan luar biasa semasa ketika ini. "Ketika Jose Mourinho dipecat, tiada siapa fikir mereka boleh bangkit untuk memburu kedudukan tersebut. Jadi saya fikir United ada masa depan yang memberangsangkan," katanya. Terdahulu Owen hadir mengendalikan klinik bola sepak bersama pasukan bawah 19 (B-19) Selangor di Padang SUK, Shah Alam, pagi Selasa. Turut hadir Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Pada program tersebut, Owen berkongsi pengalamannya beraksi dengan beberapa kelab ternama seperti Liverpool, Manchester United dan Real Madrid kepada pemain. "Saya gembira dapat bertemu pemain berpotensi di kelab hebat ini. Bagus dapat melihat mereka berlatih. Saya harap jawapan kepada setiap soalan yang diajukan kepada saya dapat membantu mereka untuk menjadi pemain berjaya pada masa hadapan. "Bola sepak adalah sukan sukar dan amat kompetitif untuk sampai ke peringkat tertinggi. Jadi saya harap semua pemain dapat tonjolkan bakat mereka untuk mengembangkan karier masing-masing," katanya. View this post on Instagram Saingan semakin sengit. Siapa bakal bergelar juara EPL musim ini? Liverpool atau Manchester City? Michael Owen pun sempat buat prediction dia masa datang Malaysia tempoh hari. Min sokong Liverpool ? siapa macam min angkat tangan #ynwa #mstaronline #mstarSS A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on Mar 24, 2019 at 1:00am PDT