JOSE MOURINHO mengucapkan tahniah kepada bekas kelabnya Manchester United selepas berjaya menundukkan PSG 3-1, sekali gus membawa Red Devils ke kelompok lapan terbaik Liga Juara-Juara. Pengurus interim Ole Gunnar Solskjaer hanya tewas sekali dalam 17 perlawanan sejak mengambil alih kelab tersebut. Tendangan saat akhir oleh Marcus Rashford menentukan kemenangan yang menyaksikan United melakar sejarah dan berjaya mara ke suku akhir selepas terikat dengan agregat 3-3. "(Ajax) tidak takut untuk bermain di Bernabeu. Mereka menunjukkan sikap yang bagus dan menjadikan situasi bertambah sukar. "Keputusan Ajax dan Manchester United adalah luar biasa," kata Mourinho, lapor Team Talk. Sementara itu, Evening Standard melaporkan, United berada 11 mata di belakang empat kelab teratas liga ketika Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih pasukan itu. Kini, mereka hanya tiga mata di belakang pasukan di kedudukan ketiga Tottenham dan berjaya mara ke Piala FA. Solskjaer mencorakkan kelab itu menjadi sempurna dengan mengamalkan rentak yang bertentangan dengan Mourinho. - Team Talk/Evening Standard