MANCHESTER City terus berbangga apabila pengurus pasukan itu, Pep Guardiola dinamakan sebagai Pengurus Liga Perdana Inggeris Terbaik Bulanan pada Februari. Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu meninggalkan lima mata ke depan daripada Liverpool tetapi kini hanya berbeza satu mata. Pencapaian Manchester City pada Februari menyaksikan rekod 100 peratus apabila kelab itu memenangi kesemua empat perlawanan Liga Perdana Inggeris. Ini termasuk kemenangan 3-1 ke atas Arsenal dan kemenangan 6-0 terhadap Chelsea. Pasukan di bawah pengurusan Guardiola itu turut menang 2-0 ketika menentang Everton dan 1-0 di kubu sendiri mencabar West Ham. Guardiola memperoleh anugerah pengurus terbaik bulanan ini buat yang keenam. Penganugerahan itu merupakan undian daripada orang awam dan penilaian panel pakar bola sepak. - Daily Mail UK