MANCHESTER United dilaporkan bersedia untuk melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap tidak lama lagi. Solskjaer akan dilantik pengurus tetap menjelang tempoh rehat skuad bagi aksi antarabangsa. Berikutan dengan perlantikan tersebut, Solskjaer yang dilantik sementara Disember lalu telah merakam 14 kemenangan, dua seri dan dua kalah. Menurut laporan Mirror Football, Solskjaer,46, menjadi calon 'tunggal yang memenuhi kriteria pengurusan tertinggi kelab. Pengurus kelahiran Norway itu turut dilaporkan terlibat dengan perbincangan bersama Ketua Eksekutif Ed Woodward dalam merangka perancangan musim depan. Bagaimanapun United terpaksa membayar wang pampasan kepada kelab lama Solskjaer, Molde lebih kurang 10 juta euro (RM46 juta) kerana melanggar perjanjian. Skuad United bakal berdepan aksi suku akhir Piala FA bertemu Wolves pada Sabtu sebelum aksi timbal balik di Old Trafford pada 30 Mac ini.-OneFootball