PASUKAN Kritiket Bangladesh terselamat daripada serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, petang Jumaat. Pasukan itu masih berada di dalam bas ketika mereka mahu menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor ketika serangan berlaku. Jurulatih kecergasan pasukan itu, Mario Villavarayen berkata mereka nyaris menjadi mangsa serangan pengganas. "Mereka berada di dalam bas yang hampir tiba di masjid ketika tembakan berlaku. Mereka selamat tetapi agak terkejut," katanya. Dalam satu gambar yang dikongsi di media sosial, ahli pasukan tersebut dilihat berjalan pulang melalui Hagley Park dan kembali ke hotel mereka. "Semua pemain selamat dan berada di bilik masing-masing yang sudah dikawal ketat polis. "Kami menasihati pemain supaya tidak keluar. Paling penting semua pemain kami selamat," kata jurucakap pasukan itu. Pasukan Kriket New Zealand berkata perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan terpaksa dibatalkan selepas berbincang dengan lembaga pengarah Bangladesh. "Saya bercakap dengan rakan sejawatan saya di Bangladesh dan kami bersetuju untuk tidak meneruskan perlawanan ini. "Ia sukar dipercayai dan kami semua amat terkejut," kata Ketua Eksekutif David White. - Metro.co.uk