LUIZ Suarez terpaksa dikeluarkan pada minit ke-89 akibat kecederaan di belakang badan hingga ke buku lali kanan. Namun kemenangan tetap berpihak kepada Barcelona apabila melakar kemenangan 4-1 ke atas Real Betis. Bekas penyerang Liverpool itu digantikan Philippe Couthinho dalam perlawanan yang berlangsung di Seville itu. Bagaimanapun, ketika beraksi di padang penyerang Uruguay itu meledak satu gol serta mencipta gerakan untuk gol kedua membolehkan Lionel Messi meledak hatrik. Jurulatih Barca, Ernesto Valverde berharap Suarez dapat pulih tepat pada masanya menjelang pertemuan Barca menentang Atletico Madrid pada 6 April ini. “Dia sakit belakang badan. Kami akan tunggu apa keputusan doktor namun buat masa sekarang kami fikir ia tidak begitu serius,” kata Valverde. Seterusnya, empat minggu mereka akan menghadapi Manchester United dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara. - AFP