suria

Mourinho mahu tugas lebih dimensi, pilih Jun ini bersama kelab baharu

JOSE Mourinho merancang untuk kembali ke padang Jun ini.

Malah bekas pengendali Manchester United yang dipecat Disember lalu memberitahu dia sudah tahu apa peranan yang diinginkan.

Pengurus berusia 56 tahun itu berehat tanpa sebarang tugas bersama pasukan sejak beberapa bulan ini, namun tidak pernah sunyi daripada media.

Sebelum ini Mourinho dikaitkan dengan Real Madrid, namun spekulasi tersebut terhenti selepas kelab itu kembali melantik Zinedine Zidane awal bulan ini.

Mourinho memberitahu, dia perlu kembali dengan tawaran yang pelbagai bukan hanya dengan sesuatu yang khusus bagi jawatan baharu nanti.

Dia berminat untuk memulakan tugas bagi kempen 2019-2020.

"Apa yang bermain di fikiran saya ini adalah untuk kembali pada musim panas nanti, Jun bersama kelab baharu untuk pra musim.

"Saya tahu apa yang saya mahu, dengan syarat ianya bukan khusus kepada satu perkara tetapi tugas yang semula jadi tetapi kerja yang berdimensi, saya tahu apa yang diinginkan," jelasnya kepada BeIN Sports.

Jurulatih Portugis itu turut mengakui dia gembira dan tenang apabila tidak menguruskan sebarang kelab dan percaya akan menjadi lebih baik sebaik sahaja kembali bekerja.

"Saya tidak rindukan apa-apa, sungguh. Kerana momen dua bulan setengah tanpa kerja dan saya 'bekerja' untuk persiapkan diri sendiri untuk seterusnya.

"Ia bukan seperti bercuti. Malah ia juga tidak berasa bosan kerana tidak berbuat sesuatu.

"Sekarang saya mempunyai bulan ini, dan berfikir akan kembali sebagai seorang yang benar-benar bersedia," ujarnya. -Onefootball

Jose Mourinho

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan