suria

Puas berlawan atas padang, Beckham kini mahu perangi nyamuk demi hapuskan wabak malaria

Kempen yang disertai Beckham itu dinamakan Malaria Must Die, So Millions Can Live.

JIKA anda mempunyai suara dan pengaruh, apa kata gunakannya untuk membuat perkara yang bermanfaat.

Sebagai contoh, bekas pemain bola sepak popular, David Beckham menggunakan populariti yang dimilikinya untuk menyebarkan kesedaran mengenai wabak malaria.

Dia kini terlibat dalam kempen untuk memerangi wabak tersebut.

Beckham membuat kemunculan untuk kempen itu menerusi video berdurasi seminit 27 saat dalam persalinan ringkas, baju t berwarna kelabu.

"Malaria bukan sekadar penyakit, ia merupakan penyakit yang boleh membawa kematian," ujarnya dalam video itu.

Kempen itu dinamakan Malaria Must Die, So Millions Can Live.

Malaria merupakan penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah besar di negara Asia, Afrika dan Amerika Selatan.

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), pada 2017 sahaja terdapat 219,000,000 kes malaria di seluruh dunia. - Metro.UK./BBC.

david beckham, malaria, nyamuk, wabak

Artikel Lain