suria

Kutu bersarang di jambang, bekas bintang United nyaris maut

Poborsky pernah memperkuat United antara tahun 1996 hingga 1998.

BEKAS bintang Manchester United, Karel Poborsky mendedahkan dia selangkah menemui ajal selepas terkena jangkitan kuman di otak pada 2016.

Pemain kebangsaan Republik Czech itu masih tidak tahu punca penyakit yang dialaminya tiga tahun lalu.

Poborsky tiba di hospital sudah terlalu lambat untuk doktor mengenal pasti punca jangkitan itu sebelum dia dilaporkan koma.

Namun jika Poborsky tidak datang ke hospital dengan segera pada waktu itu, dia mungkin sudah tiada lagi di dunia ini.

"Jika saya datang ke hospital sehari lambat, temu bual ini tidak akan berlaku.

"Saya tiba di hospital sudah lambat untuk mengetahui punca jangkitan tersebut. Saya kemudiannya tidak sedarkan diri.

"Sebaik sahaja saya tersedar, mereka tanya nama saya. Semua otot muka saya lumpuh, ia adalah jangkitan otak.

Poborsky selepas menjalani pembedahan pada 2016.

"Saya menghabiskan masa tiga minggu dikuarantin di hospital dengan antibiotik yang kuat, terus ke urat. Saya tidak boleh makan, mata saya perlu sentiasa ditutup kerana ia sensitif terhadap cahaya. Saya amat takut," katanya.

Salah satu teori yang mengaitkan Poborsky dengan penyakit misteri itu adalah sejenis parasit yang dikenali sebagai tungau atau sejenis kutu busuk yang mungkin bersarang di jambangnya.

Kebiasaannya tungau menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya.

Malah parasit itu hidup dengan menghisap darah mangsanya.

Poborsky menjaringkan enam gol dalam 47 penampilan bersama United.

Dia turut membantu pasukan itu menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada musim 1996/1997. - Mirror.co.uk

Artikel Lain