JURULATIH Real Madrid Zinedine Zidane memuji pemain No.9 yang skuadnya yang dianggap sebagai pemain terbaik dunia. Benzema merakam hatrik kemenangan 3-0 ke atas Athletic Bilbao di Bernabeu pada Ahad. Jaringan Benzema itu mengumpul 21 jaringan La Liga musim ini sekaligus meletakkannya di belakang Lionel Messi (33 gol) musim ini. Ia juga bermakna pemain berusia 31 tahun tiu kini menjadi penjaring terbanyak untuk Real Madrid. "Saat kenal pemain seperti Benzema, semua orang tahu. Jumlah jaringan yang dijaringkan sangat menakjubkan. "Saya bangga dengannya. Apa yang dia lakukan di sini, dan dia hanya ketinggalan di tempat kedua di belakang penjaring terbanyak. Zidane memeluk Benzema selepas perlawanan. "Semua orang mempunyai pandangan masing-masing siapa pemain terbaik No.9 di dunia dan bagi saya adalah Karim. "Dia seorang yang mempunyai keyakinan tinggi, anda tahu anda sentiasa boleh meningkat, dan ia bagus. "Ia tidak mengejutkan saya apa yang telah dia lakukan," jelasnya. Dalam masa sama Zidane turut tidak faham dengan tindakan segelintir penyokong yang mengebu Gareth Bale ketika meraikan kemenangan. Bale tidak disenaraikan dalam barisan utama pada dua perlawanan liga sebelum ini dan hanya beraksi dengan babak terakhir dan tanpa sebarang jaringan dalam enam perlawanan terakhir. "Dia ada peluang untuk menjaringkan gol, dan ia sangat hebat jika ia dapat dilakukan. Namun tidak berlaku. "Saya tidak mahu terlibat selebihnya," ujar Zidane. - Dailymail.co.uk