suria

Pertahanan Liverpool Van Dijk dinobatkan Pemain Terbaik PFA 2019

Van Dijk dinobatkan Pemain Terbaik PFA 2019.

PEMAIN pertahanan  Liverpool Virgil van Dijk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA 2019.

Van Dijk mengetepikan lima calon lain termasuk Sadio MAne, Sergio Aguero, Bernado Silva dan Eden Hazard.

"Saya fikir ia memangh istimewa. Jika anda lihat standard penyerang yang ada dalam liga ini atau perancang utama, ia sukar dipercayai.

"Malah senarai pendek calon-calon juga sangat berkualiti.

"Sebab itu ia terlalu istimewa buat saya dan terima kasih kepada semua pemain yang memilih saya," ujar pemain berusia 27 tahun itu.

Van Dijk (tiga kiri bersama rakan sepasukan Liverpool Alexander-Arnold, Mane dan Robertson (kanan).

Malah pemain kebangsaan Belanda itu turut memuji rakan-rakan sepasukannya.

"Kunci utama bahagian pertahanan adalah semua bersatu.

"Pertahanan bermula di depan, penyerang kami memberi tekanan kepada pertahanan lawan.

"Saya tidak mahu memberi tekanan kepada pemain-pemain lain walaupun mereka pihak lawan, kerana kami masih mempunyai pemain tengah yang akan terus memburu anda sepanjang masa.

"Ia memudahkan tugas kami di bahagian belakang," jelasnya.

Pemain-pemain The Reds mendominasi majlis anugerah ini di Grosvenor House termasuk Sadio Mane, Andy Robertson dan Trent Alexander-Arnold.

Senarai penuh pemenang Anugerah Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA): 

Pemain Terbaik : Virgil van Dijk (Liverpool)

Pemain Terbaik Wanita: Vivianne Miedma (Arsenal)

Pemain Muda Terbaik: Raheem Sterling (Man City)

Pemain Muda Wanita Terbaik: Georgia Standway (Man City)

Artikel Berikut

Artikel Lain