suria

Salah, Mane, Aubameyang kongsi Kasut Emas EPL

Salah bersama trofi Kasut Emas EPL yang dimenanginya. Foto Reuters

BINTANG bola sepak, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Pierre-Emerick Aubame, kesemua merupakan pemenang Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk kempen 2018/19.

Dua penyerang Liverpool dan seorang bintang Arsenal, masing-masing menjaringkan 22 kali dalam perlawanan bagi kempen ini.

Sergio Aguero dari Manchester City hanya ketinggalan sedikit apabila memperoleh 21 gol pada musim ini.

Salah memenangi Kasut Emas tahun lalu semasa kempen pertamanya di Anfield.

Pemain itu menjaringkan 32 kali dalam kempen 2017/18, lebih 11 gol lebih yang diraihnya bersama Mane dan Aubameyang bagi musim ini. - Mirror UK

Artikel Lain