suria

Bekas pengurus PSG dedah Mbappe berhasrat ke Real Madrid

Mbappe dilapor mahu cuba angin baharu bersama Real Madrid.

BEKAS pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery memberitahu Kylian Mbappe mahu berpindah ke La Liga. Bagaimana pun ketika itu PSG berjaya memujuk Mbappe untuk terus bersama kelab gergasi Liga Perancis ini.

Pemain muda berbakat besar itu menjadi perhatian dan dikaitkan dengan Real Madrid selepas bermula spekulasi masa depannya dengan memberi bayangan 'projek baru'.

Juara Ligue 1 itu menafikan komen Mbappe dan yakin bintang Piala Dunia Perancis itu akan kekal di Paris.

"Pada satu masa, semua orang menekannya di PSG. Saya juga bercakap dengan dia serta ayahnya untuk terus di situ.

"Dia mahu memilih Real Madrid. Dia juga mempunyai peluang di Barcelona, namun Madrid lebih menjadi sasarannya," kata Emery yang kini menguruskan skuad Arsenal.

Mbappe menyertai PSG secara pinjaman dari Monaco sebelum bergelar pemain tetap dengan nilai perpindahan 180 juta euro (RM840 juta) pada Ogos 2017.

Sejak itu, dia berjaya merakam 59 gol dalam semua perlawanan, dan 32 untuk aksi Ligue 1 musim ini. -Onefootball

Kylian Mbappe, PSG

Artikel Lain