suria

Juventus tak terdesak cari pengurus baharu, nafi ajak Guardiola

Dua nama besar dalam Liga Perdana Inggeris, Guardiola (kiri) dan Pochettino dikaitkan dengan Juventus.

JUVENTUS nafi ada perbincangan bersama pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Agensi berita Itali melaporkan bahawa Juve telah mencapai persetujuan bersama Guardiola untuk menggantikan tempat Massimiliano Allegri.

Menurut laporan tersebut, kelab bersedia memberi kontrak empat tahun bernilai 24 juta euro ( RM113 juta) semusim bersama Bianconeri pada 4 Jun dan bakal diperkenal kepada media sepuluh hari kemudian.

"Saya fikir kita hidup di dunia yang pelik.

"Kami tidak mempunyai sebarang kontrak. Kami tidak pernah terfikir kerana Guardiola masih mempunyai kontrak.

"Untuk ribuan alasan, ia dilihat sangat pelik bagi saya," jelas Pengarah Sukan Juventus Fabio Paratici kepada DAZN.

Sementara itu, ahli lembaga eksekutif kelab City, Alberto Galassi mendakwa laporan tersebut sebagai 'mengarut'.

Selain Guardiola, nama lain yang turut dikaitkan adalah pengurus Spurs Mauricio Pochettino dan Maurizio Sarri (Chelsea).

Namun Paratici memberitahu, pihaknya tidak terburu-buru untuk membuat keputusan. -Onefootball

Pep Guardiola, Juventus

Artikel Lain