KEDIAMAN mewah terbaharu pemain bola Wayne Rooney menjadi jenaka di media sosial. Biarpun bernilai £20 juta (RM106 juta), ia disamakan dengan pasaraya popular di United Kingdom (UK). Malah, ramai peminat turut mengutuk struktur rekaan kediaman itu berdasarkan beberapa foto yang tersebar. Malah, ia disifatkan lebih kurang sama dengan gedung Tesco atau Morrisons. "Nampak macam pasaraya tempatan, macam ni £20 juta," komen seorang netizen. "Ini adalah rumah paling hodoh saya pernah lihat. Mereka ada duit tetapi buat rumah seperti ini," tulis seorang lagi individu. - Daily Star.