BEKAS pemain bintang Arsenal dan Real Madrid Jose Antonio Reyes maut dalam satu kemalangan pagi Sabtu.
Kejadian di Utrera itu turut meragut nyawa sepupu Reyes yang berusia 23 tahun manakal seorang lagi terselamat, namun dilaporkan cedera melecur.
Reyes meninggalkan seorang isteri Noelia Lopez yang dikawininya pada 2017 serta dua orang anak perempuan Noelia dan Triana dan anak lelaki Jose Antonio Jr.
Reyes kini beraksi dengan liga kedua Sepanyol sejak Januari lalu selepas menandatangi kontrak selama lima bulan bersama Extremadura.
Pemain berusia 35 tahun itu merekodkan 21 kap bersama Sepanyol dan memulakan kariernya bersama Seville dan membuat penampilan pertama dalam skuad utama pada usia 16 tahun.
Pemain sayap itu kemudian berpindah ke Arsenal pada 2003-04 dan membantu menjulang trofi Liga Perdana, Piala FA dan Piala Perisai Komuniti.
Dia merupakan pemain Sepanyol pertama menjulang trofi liga Inggeris.
Selepas itu dia berpindah ke Real Madrid sebelum menyertai Atletico Madrid secara tetap pada 2007 yang turut menyaksikan dia menjulang trofi Liga Europa sebanyak dua kali. Dailymail.co.uk