suria

Neymar sedia hadapi siasatan kes rogol model

Neymar meninggalkan balai polis di Rio de Janeiro, Brazil. Foto Reuters

BINTANG bola sepak, Neymar sedia disiasat polis berhubung dakwaan merogol seorang model di sebuah bilik hotel di Paris, Perancis.

Pemain itu bersetuju untuk terbang ke Sao Paulo di Brazil untuk berjumpa dengan pasukan penyiasat mengenai dakwaan melakukan serangan seksual ke atas model berusia 26 tahun, Najila Trindade. 

Bercakap kepada MailOnline, Dr Juliana Lopes Bussacos, pegawai yang mengendalikan siasatan itu berkata: Dia (Neymar) akan dilayan seperti warganegara lain. Dia mempunyai hak yang sama dengan mana-mana individu.

"Saya telah menyoal siasat beberapa individu berhubung perkara ini, dan semua dilayan sama rata dan mempunyai hak untuk memberi keterangan.

"Mereka juga berhak untuk mengemukakan bukti sebagai sokongan," katanya. - Daily Mail UK

Neymar, rogol, model

Artikel Lain