suria

Kajian dedah Mo Salah bantu kurangkan Islamofobia di Liverpool

Kajian itu diterbitkan pada Mei lalu.

KEHADIRAN pemain kelahiran Mesir, Mo Salah di Liverpool bukan sahaja memberi impak di atas padang.

Malah, dia juga berjaya membantu mengurangkan sikap Islamofobia disana.

Menurut satu kajian yang diterbitkan pada Mei oleh Makmal Polisi Imigresen, Islamofobia berkurang sebanyak 19 peratus di Liverpool.

Kajian itu turut mendalami 15 juta tweet berkaitan sentimen Islamofobia.

Malah, tweet berbaur anti-Muslim dalam kalangan peminat Liverpool juga berkurang hingga 3.8 peratus sejak kedatangan Salah.

Ia sebelum ini direkodkan sebanyak 7.3 peratus. - QZ.com.

Mo Salah, Islamofobia, Liverpool

Artikel Lain