suria

Kontrak baharu temui jalan buntu, Benitez tinggalkan Newcastle

Rafa Benitez.

NEWCASTLE United mengesahkan RAFA Benitez telah meninggalkan kelab itu.

Pengendali dari Sepanyol itu tidak akan menerajui pasukan itu selepas kontraknya berakhir pada 30 Jun ini.

Benitez dilaporkan hilang sabar dengan pemilik pasukan itu, Mike Ashley.

Newcastle kembali ke pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh tiga musim Benitez mengemudi kelab itu.

Namun Benitez mahu perubahan besar terutamanya dalam soal perpindahan pemain selain memperbaiki sistem infrastrukturnya.

Bekas pengendali Liverpool itu menyertai Newcastle pada 2016 tetapi gagal membantu pasukan itu keluar dari zon penyingkiran.

Dia kemudian memacu semula Newcastle beraksi di pentas EPL dan menduduki tangga ke-13 musim lalu.

"Kami berusaha keras untuk melanjutkan kontrak Rafa tetapi tiada persetujuan dicapai dengan Rafa dan wakilnya.

"Kakitangan kejurulatihan Rafa, Paco de Miguel Moreno, Antonio Gómez Pérez dan Mikel Antia, juga akan meninggalkan kelab pada 30 Jun ini," kata kenyataan Newcastle. - Mirror.co.uk

Rafa Benitez, Newcastle United

Artikel Lain