DAVID Silva bakal meninggalkan Manchester City pada akhir musim ini selepas memutuskan untuk mengakhiri kariernya selama 10 tahun bersama kelab itu. Silva memberitahu Manchester City bahawa dia tidak akan menyambung kontraknya apabila ia tamat musim panas akan datang, sekali gus menandakan perginya salah seorang pemain hebat dalam era Liga Perdana Inggeris. Pemain berusia 33 tahun itu berada di barisan hadapan Manchester City sejak berpindah dari Valencia, memenangi empat gelaran liga, dua Piala FA dan empat Piala Liga. "Ini merupakan tahun terakhir. 10 tahun bagi saya sudah cukup. Tepat pada masanya. "Pada asalnya kelab berunding mengenai dua tahun (kontrak) tetapi saya memutuskan untuk menandatangani satu tahun lagi, jadi saya habiskan 10 tahun. "Ia melengkapkan kitaran. Satu angka yang baik. Saya tidak pernah membayangkan diri saya bermain menentang Manchester City untuk pasukan lain. "Jadi, cukuplah 10 tahun!," katanya. - Daily Mail UK