INTER Milan bersedia untuk mebuat rekod kelab bagi membida pemain Manchester United Romelu Lukaku. Ejen pemain itu, Federico Pastorello dilaporkan berada di Milan bagi berbincang dengan kelab yang mengakui Lukaku amat berminat untuk bekerja dengan Antonio Conte. Tawaran pertama Inter kepada pemain ini bernilai 70 euro paun. "Lukaku adalah sasaran mereka. Sukar untuk menjadikannya kenyataan, tetapi saya percaya tiada yang mustahil. "Kita lihat apa yang akan berlaku," ujar Pastorello. Lukaku berhijrah ke United dari Everton pada tahun 2017 dengan nilai perpindahan 85 juta euro dan telah merakam 42 gol dalam 96 penampilan. Lukaku hanya menjaringkan 15 gol musim ini. -Onefootball