MANCHESTER United sedang berunding dengan Barcelona untuk mendapatkan khidmat Samuel Umtiti. Ole Gunnar Solskjaer terpaksa mencari pemain pertahanan baharu selepas Leicester City menolak tawaran terhadap Harry Maguire bernilai 90 juta pound sterling. United juga bersaing untuk memancing Matthijs de Ligt tetapi pemain pertahanan Ajax itu semakin hampir menyertai Juventus. Menurut Mundo Deportivo, United kini beralih kepada Umtiti sebagai pemain alternatif dan mengadakan perbincangan dengan Barcelona. Barcelona masih lagi menunggu keputusan akhir dari De Ligt dan jika dia memuktamadkan perpindahan ke Camp Nou, Umtiti boleh dilepaskan. Umtiti mahu kekal bersama Barcelona pada musim panas ini tetapi Mundo Deportivo melaporkan pihak pengurusan tertinggi sedia melepaskan pemain kebangsaan Perancis itu kerana masalah lutut yang dialaminya musim lalu. Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Barcelona dari Lyon dengan bidaan sekitar 24.6 juta pound sterling pada Julai 2016. - Metro.co.uk