SETIAP individu perlu berhati-hati sebelum berkongsi sebarang foto di media sosial. Baru-baru ini, seorang pemain bola pasukan bukan liga York City, Jon Parkin dikatakan tersilap berkongsi foto najis miliknya secara tidak sengaja di Twitter. Menerusi posting itu, dia cuba berkongsi satu paparan skrin email. Foto najis yang dikongsi secara tidak sengaja oleh pemain bola itu. Dia dikatakan tidak perasan paparan skrin itu turut mengandungi gambar-gambar lain dalam saiz kecil termasuklah sekeping foto aib berkenaan. Ia memaparkan najis di dalam mangkuk tandas, Ia pantas menarik perhatian ramai sehingga menjadi jenaka media sosial. - Mirror.