suria

Inter Milan buat tawaran rasmi untuk Lukaku

Lukaku menjadi pilihan Conte.

PENGARAH Kelab Inter Milan Piero Ausilio mengesahkan telah berbincang secara mendalam mengenai tawaran untuk pemain Manchester United.

Piero memberitahu, pihaknya telah terbang ke Old Trafford untuk berbincang berkaitan penyerang Romelu Lukaku.

Kontrak Lukaku bersama Reds Devil sehingga 2022 dan mempunyai pilihan setahun untuk menyambungnya.

Pemain antarabangsa Belgium itu menyertai United dari Everton pada tahun 2017 dengan nilai 75 juta paun.

Sebaik sahaja kembali dari Manchester United, Ausilio memberitahu: "Kami telah berjumpa dengan Manchester United untuk Lulaku.

"Ia adalah tawaran rasmi di antara dua kelab. Kita tunggu apa yang akan berlaku.

"Semua pemain yang kami sasarkan telah mendapat persetujuan daripada Antonio Conte. Kami mahu memenuhi hasratnya dengan garis kewangan yang selari."

Lukaku sebelum ini berhasrat mengubah angin bermain di Itali dan memberi bayangan masa depannya di Old Trafford agak samar apabila Ole Gunnar Solskjaer lebih gemar menggunakan Marcus Rashford di barisan depan yang turut meledak 12 gol musim lalu.

Manakala Lukaku, 26, yang kini berada di Australia bagi pra musim turut menjaringkan 15 gol dalam semua aksi bersama United dan membantu menamatkan kelabnya berada di tempat keenam dan melayakan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara. - OneFootball

Artikel Lain