suria

Khidmat pengadil luar negara bakal diguna pada final Piala FA Kedah-Perak

Gambar hiasan pengadil tempatan.

ISU pengadil sentiasa menjadi topik utama setiap tahun dalam aksi Liga Malaysia (Liga M).

Menurut  Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam secara dasarnya pengadil dari Jepun seramai tiga orang akan bertugas pada perlawanan akhir di antara Perak dan Kedah ini.

“Kami menawarkan tiga negara, Thailand, Jepun dan Australia.

“Thailand tidak dapat menghantar pengadil kerana pada tarikh itu mereka mempunyai kursus VAR (Video Bantuan Pengadil) dan juga aksi liga.

“Hanya Jepun dan Australia menghantar maklum balas. Selepas diteliti dan kita juga ada MoU bersama JFA (Persatuan Bolasepak Jepun), jadi kami memilih pengadil dari Jepun.

“Ia belum sahkan sepenuhnya tetapi saya boleh beritahu ia pemilihan di peringkat akhir,” ujarnya selepas Kongres FAM Kali Ke-55 pada Sabtu.

Stuart memberitahu, pemilihan pengadil luar negara ini merupakan pembaharuan yang di buat dalam bola sepak Malaysia.

Stuart Ramalingam

“FAM tidak takut untuk buat perubahan. Ini pertama kali kita buat dan kita lihat apa yang berlaku pada aksi final ini.

“Nilai integriti perlawanan akhir adalah tinggi. Kalau tidak buat, peminat-peminat akan marah apabila timbul apa-apa isu pengadil.“Kita pilih pengadil luar negara bukannya bermakna kita tak pandang pembangunan pengadil tempatan.

“Bagi saya, isu pengadil ini berlaku di semua negara.

“Keputusan dan pendekatan ini dibuat bersama dengan jawatankuasa pengadil serta MFL (Malaysia Football League), ujarnya.

Sebagai rekod, pengadil tempatan J.Suresh yang mengendalikan final Piala Malaysia 2018 antara Terengganu FC (TFC) dan Perak, dianggap peminat bola sepak tanah air sebagai pengadil terburuk dalam sejarah pengadilan trofi berprestij itu.

Beberapa keputusan kontroversi dibuat Suresh termasuk membatalkan dua jaringan dan layangan dua kad merah pada perlawanan itu menyaksikan integriti pengadil  dipersoalkan.

Turut membidas pengadil berkenaan adalah Pengerusi MFL Tunku Ismail Sultan Ibrahim sambil menyuarakan pandangannya bahawa tepat pada masanya untuk MFL menggunakan khidmat pengadil luar negara mengendalikan perlawanan bola sepak berintensiti tinggi dalam saingan Liga M.

Sementara itu dalam perkembangan Kongres FAM, Pengurus Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Kamarul Ariffin Abd Shahar dilantik sebagai Exco baharu FAM menggantikan Subkhiddin Mohd Salleh mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, 5 November tahun lalu.

Kamarul Ariffin berjaya menewaskan empat lagi pesaing lain apabila mendapat 25 undi berbanding, Khamal Idris Ali (2 undi), Dr Amar Pritpal Abdullah (2 undi), Hairul Anwar Mohamed Noor (2 Undi) dan Sayed Yazid Sayed Omar ( 8 undi).

Pengadil, Luar negara, Piala FA, final

Artikel Lain