ANTOINE Griezmann secara rasminya diperkenalkan sebagai pemain Barcelona. Bintang Perancis itu berpindah dari Atletico Madrid ke Barcelona dengan nilai 108 juta paun. Griezmann bakal menyarung jersi bernombor 17 dan dilihat begitu bersemangat bercerita mengenai impiannya untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama sepanjang kariernya. Sebelum ini jersi tersebut menjadi milik Pedro, Mark van Bommel dan Emmanuel Petit di Barcelona. "Saya sangat teruja berada di sini. Saya menerima cabaran besar ini. Dan bersedia untuk menghadapi apa yang datang. "Ia juga cabaran baharu. Saya akan cuba memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dan keluar daripada zon selesa. "Saya mahu memenangi gelaran La Liga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara yang kini masih tiada dalam CV." Pemain berusia 28 tahun itu diperkenalkan dengan memakai kit lengkap kelab sambil menimbang ketika majlis tersebut. -Dailymail.co.uk