suria

Atletico Madrid minta LaLiga halang lesen Griezmann bermain di Barcelona

Griezmann sah bergelar pemain baharu Barcelona.

ANTOINE Griezmann telah rasminya bergelar pemain Barcelona.

Namun berita kurang menyenangkan buat bekas bintang Atletico Madrid itu apabila majikan lamanya itu mahu menyekat dia beraksi dengan Barceloana.

Presiden LaLiga Javier Tebas mengesahkan dia telah menerima permintaan daripada Atletico untuk menggantung lesen bekas pemainnya itu.

Bercakap kepada Onda Cero's El Transistor, Tebas mendedahkan bekas majikan pemain itu telah menghubungi pihak liga.

"Atletigo menghantar surat dan bertanya sama ada kami perlu memberi lesen kepada Griezmann di Barcelona.

"Kami mempunyai hak untuk menahan lesen pemain. Proses kini dibuka.

"Ia bergantung kepda individu terlibat untuk mencari jalan penyelesainan," jelas Tebas.

Atletico mendakwa Barcelona masih berhutang dengan kelab itu sebanyak 80 juta euro (RM367 juta).

Ia didakwa berlaku daripada persetujuan 'haram' di antara pemain antarangsa Perancis  dan Barcelona ketika 1 Julai apabila harga pelepasan lebih rendah (125 juta euro) berbanding klausa sebenar 200 juta euro.

Sebagai jalan terakhir, mereka meminta lesen pemain itu digantung sehingga situasi selesai. -Onefootball

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan