PENGURUS Manchester City mengesahkan David Silva dinamakan sebagai kapten baharu kelab tersebut. Pep Guardiola memberitahu, Silva akan dibantu Fernandinho dan Kevin De Bruyne. “David merupakan seorang yang berbeza daripada Vincent Kompany tetapi dia akan menjadi kapten yang hebat. “Dia kenal kelab ini, liga dan mempunyai perasaan hormat yang tinggi,” ujar Guardiola. Sebelum ini Silva pernah mengumumkan akan tinggalkan kelab setelah 10 tahun berada di Manchester. Sementara itu, Guardiola turut memberitahu Leroy Sane akan berehat sehingga Mac ini kerana mengalami kecederaan pada aksi Piala Komuniti yang menyaksikan mereka menang ke atas Liverpool Ahad lalu. “Saya tidak pasti, mungkin kecederaan di lutut (ACL). Mungkin juga enam hingga tujuh bulan.” Selain itu, Guardiola turut memberitah, Riyad Mahrez dan Aymeric Laporte kini sudah bersedia untuk bermain bertemu West Ham di London menjelang aksi pertama Liga Perdana pada Sabtu malam. -Eurosport