suria

Luiz dedah punca pindah ke Arsenal

Luiz kini meneruskan karier profesionalnya bersama Arsenal.

DAVID Luiz mendedahkan punca dia ingin berpindah dari Chelsea ke Arsenal selepas perbincangan jujur dengan pengurus Frank Lampard.

Pemain pertahanan berusia 32 tahun itu mengakui dia inginkan cabaran yang berbeza bersama kelab baharu dan memiliha The Gunners sebagai destinasinya.

Luiz mengikat kontrak dua tahun di Stadium Emirates setelah menghabiskan tiga musim untuk kali kedua bersama The Blues.

Dia membuat penampilan pertama bersama Arsenal pada aksi kemenangan 2-1 ke atas Burnley minggu lalu.

"Semua orang tahu saya sangat gembira bersama Chelsea dan memenangi banyak trofi di sana. Saya telah berbincang dengan jujur bersama Lamps dan dia telah mendedahkan idea tahun ini.

"Jalan terbaik saya untuk menghormati kelab yang saya akan pindah, cuba cabaran baharu dan beri peluang kepada dia untuk melakukan tugasnya," ujar Luiz.

Jelas pemain Brazil itu, dia berasa lapang dan gembira sejak hari pertama tiba di Arsenal.

"Saya dapat merasai kehadiran ini dialu-alukan. Ini merupakan sebuah kelab besar dan mempunyai sinar di dalam atau luar padang.

"Luiz boleh terus kekal di Stamford Bridge  selepas dia menyambung kontrak dua tahun akhir musim lalu sebaik sahaja membantu kelab menduduki tempat ketiga liga.

"Saya seorang lelaki yang bercita-cita dan sebab itulah saya berpindah.

"Saya boleh memilih dengan kekal di tempat selesa, dapatkan duit dan bertenang.

"Tetapi saya lebih suka dengan cabaran dan sesuatu yang baharu dalam hidup," tambahnya.

David Luiz, Chelsea, Arsenal

Artikel Lain