suria

Pemain bola ditembak sebelum kereta rempuh balai bomba, ditemui meninggal dunia

Kelvin Maynard meninggal dunia selepas dia diserang lelaki bersenjata di Amsterdam.

PEMAIN bola, Kelvin Maynard, 32, ditembak dalam kereta dan meninggal dunia dalam satu kejadian di Amsterdam pada Rabu.

Bekas bintang Burton Albiar itu turut diserang sewaktu berada dalam kereta.

Polis kini meminta mana-mana saksi untuk tampil memberi maklumat mengenai dua suspek yang melarikan diri menaiki sebuah skuter hitam.

Menurut laporan, Maynard cuba melarikan diri dengan memandu ke sebuah balai bomba berdekatan.

Keretanya merempuh stesen itu dan pasukan bomba cuba untuk menyelamatkannya namun gagal.

"Kami mengesahkan kejadian tembakan di Langbroekdreef melibatkan Kelvin Maynard yang berusia 32 tahun.

"Siasatan atas kematian itu sedang dijalankan," ujar polis menerusi satu kenyataan.

Dia kini bermain untuk pasukan bukan liga, kelab Alphense Boys. - Daily Star.

Artikel Berikut

Manchester United sedia pujuk Pogba

Artikel Lain