PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) Gianni Infantino meminta Itali supaya melarang penyokong-penyokong yang menimbulkan rasis masuk ke stadium. Insiden berkaitan rasis sekali berlaku ketika aksi Serie A di antara Atalanta dan Fiorentina pada Ahad. Pemain sayap Fiorentina Dalbert melaporkan kepada pengadil Daniele Orsato bahawa dia telah menjadi sasaran rasis oleh penyokong-penyokong di Stadio Ennio Tardini di Parma. "Anda tidak boleh ada rasis dalam komuniti atau bola sepak. Di Itali, situasi ini tidak berubah dan ia sangat serius. "Anda perlu mengenal pasti apa tanggungjawab dan halau mereka daripada stadium. Anda perlu...seperti di England ada beberapa penalti dikenakan. "Anda tidak perlu takut untuk mengutuk sikap rasis. Kita perlu perjuangkan sehingga mereka berhenti," jelas Infantino. -eurosport. com