SEORANG pemain bola sepak warga Argentina maut selepas terjatuh dari bangunan teres enam tingkat. Ketika kejadian, Ezequiel Esperon sedang berparti bersama rakan-rakannya. Pemain berusia 23 tahun itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Zubizarreta di Buenos Aires. Esperon dipercaya terjatuh selepas bersandar pada pagar yang tidak ditutup dengan betul. Kejadian berlaku pada awal pagi Sabtu lalu di kawasan kejiranan Villa Devoto di Beunos Aires. Esperon memulakan kariernya bersama kelab bola sepak di Buenos Aires, All Boys sebelum menyertai pasukan Brazil, Sport Club Internacional. Setahun kemudian dia berhijrah ke kelab Gremio, sebelum berpindah ke Mexico untuk menyertai kelab terakhirnya, Atlante de Mexico. - Mirror UK