ISTERI bekas pemain Manchester United dan Everton, Wayne Rooney tampil mendedahkan nama yang membocorkan kisah peribadinya yang dimuat naik di Instastory. Coleen Rooney menuduh Rebekah Vardy iaitu isteri kepada pemain Leicester City, Jamie Vardy yang menjadi penyampai kepada wartawan mengenai kisah peribadinya. Menurut Coleen beberapa tahun ini dia membenarkan hanya orang yang dipercayai sahaja menjadi pengikut di akaun peribadi Instagramnya. Namun dia tidak menyangka orang itu merupakan penyampai maklumat kepada sebuah akhbar The Sun mengenai posting peribadi di Instastory. "Terlalu banyak maklumat mengenai saya, kawan-kawan dan keluarga telah dikongsi tanpa kebenaran dan pengetahuan saya. Coolen mendedahkan siapa yang menjadi 'spy' di Instastorynya. "Selepas sekian lama cuba mencari siapa orangnya, dengan beberapa alasan, saya mengesyaki seseorang. "Saya cuba buktikan dan timbul satu idea. Saya blocked semua orang daripada melihat Instastory kecuali satu akaun.(Sesiapa yang saya blocked mungkin akan perasan sudah lama saya tidak berkongsi di Instastory). "Lebih kurang lima bulan saya berkongsi cerita palsu untuk mengetahui sama ada ia akan sampai atau tidak kepada The Sun. Dan anda tahu, mereka dapat! Cerita mengenai jantina di Mexico, cerita mengenai tukar kepada TV dan terbaharu mengenai bahagian bawah rumah baharu saya dipenuhi dengan air. "Saya telah simpan dan screenshot semua yang asal dan jelas sekali hanya seorang sahaja yang lihat. "Ia adalah... akaun Rebekah Vardy," tulis Coleen dalam status di Instagramnya. Wakil ibu kepada empat orang anak itu berkata: "Ia tidak dapat dinafikan cerita bocor itu hanya datang dari satu akaun, hanya satau akaun sahaja." - metro.co.uk