PEMAIN tengah Bayern Munich, Corentin Tolisso mengalami serangan jantung ketika sesi latihan pada Ahad. Kejadian secara tiba-tiba itu menyebabkan wujud kebimbangan bahawa Tolisso, 25, mengalami serangan jantung. Dia dilaporkan berasa tidak selesa pada bahagian dada ketika sedang menjalani latihan. Sesi latihan itu kemudian segera ditamatkan oleh pengurus pasukan, Niko Kovac. Pemain itu diperiksa oleh doktor pasukan, Peter Ueblacker namun disahkan hanya mengalami pening dan kini keadaannya bertambah baik. Tolisso merupakan pemain pengganti yang tidak diturunkan ketika pasukannya sekadar meraih seri 2-2 dalam perlawanan bersama Ausburg pada Sabtu. - Mirror