PENINJU Mexico, Alfonso Huerta Escoboza mengalami kecederaan parah dalam satu perlawanan baru-baru ini. Menerusi perlawanan itu, dia disahkan patah leheh setelah kegagalan aksi terbang yang dilakukannya sewaktu berada dalam gelanggang. Huerta yang turut digelar sebagai La Parka cuba melompat ke arah lawan sebelum kakinya tersangkut pada tali. Ia menyebabkan kepalanya terhantuk pada penghadang gelanggang. Menerusi rakaman yang tersebar, dia kelihatan tidak bergerak sejurus kemalangan itu berlaku. Dia kemudiannya terus dihantar ke sebuah hospital untuk menerima rawatan. - Daily Star.