suria

Lautaro Martinez disebut-sebut jadi pengganti Suarez di Barcelona

Lautaro Martinez kini dalam pemantauan Barcelona.

BARCELONA membuat perancangan jangka panjang untuk kemaraan berterusan pasukan itu.

Dengan Luis Suarez yang kini sudah menjengah usia 32 tahun, mereka mula mengintai pengganti.

Antara nama yang disebut ialah pemain Inter iaitu Lautaro Martinez.

Malah, kisah mengenai Martinez turut dipaparkan pada muka hadapan sebuah akhbar di Argentina.

Dia disifatkan sebagai calon paling sesuai untuk pasukan Barcelona.

Namun, timbul juga desas-desus bahawa Martinez sedang mengintai peluang menyertai Manchester United. - Fox Sport Asia.

Artikel Lain