PEMAIN Barcelona yang dahulu, semasa dan masa depan, mempunyai sebab lain untuk mengucapkan terima kasih kepada Lionel Messi. Ini kerana didedahkan bahawa dia memberikan idea kepada bekas presiden kelab, Joan Laporta untuk menganugerahkan setiap pemenang yang memberikan gelaran juara Eropah kepada kelab itu dengan gaji seumur hidup. Lebih 290 pemain boleh mendapat manfaat itu, dengan pasukan Nou Camp telah mengumpulkan lima gelaran Liga Juara-Juara, empat Piala Pemenang Piala dan tiga Piala Fairs. Juan Carlos Heredia yang membantu kemenangan dalam Piala Pemenang Piala pada 1979 bersama Johan Cruyff merupakan salah seorang penerimanya, dan menjelaskan bagaimana idea ganjaran itu dicetuskan. Ketika Barcelona memenangi dalam final Liga Juara-Juara di Rom, Itali apabila menentang Manchester United menerusi jaringan gol Messi, presiden kelab itu mengisytiharkan bahawa semua yang menjadi juara Eropah bersama Barcelona akan menerima gaji seumur hidup. Dan dia memenuhi janji itu, ujar Heredia menjelaskan perkara itu kepada The Tactical Room. Gol Messi dijaringkan pada minit ke-70 pada akhir 2009, menyekat kemenangan pasukan Machester United di bawah pengurus Sir Alex Ferguson ketika itu. Sejak itu, Barcelona memenangi dua lagi gelaran Eropah pada 2011 dan 2015, dengan nama dari Neymar ke Marc Bartra ditambah ke dalam senarai juara Eropah bagi kelab itu. - Mail Online