KAPTEN pasukan Brazil, Thiago Silva mengkritik Lionel Messi selepas pasukan negaranya kalah 1-0 kepada Argentina pada Jumaat lalu. Kata Thiago, Messi melakukan kesalahan namun tidak dikenakan sebarang tindakan sewaktu perlawanan itu berlangsung di Arab Saudi. "Dia nak kuasai permainan. Dia sepak dua pemain dan pengadil tak buat apa-apa. "Saya bergaduh dengan pengadil dan dia hanya ketawa," ujarnya. Kata Thiago, dia ada berborak dengan beberapa pemain lain di Sepanyol dan mereka turut mengakui perkara sama. Namun katanya, Messi tidak mendapat keistimewaan itu dalam Liga Juara-Juara kerana pengadilnya lebih tegas. - Sport English.