PEJUANG amatur seni belas diri campuran (MMA) meninggal dunia selepas mengalami kecederaan ketika bertarung. Saeideh 'Sai' Aletaha,26, mengelami kecederaan di bahagian otak selepas keputusan K-1 di Central Hall di Southampton pada Sabtu malam. Atlet kelahiran Britain-Iran yang menamatkan pengajian di Universiti Loughborough dibawa ke Hospital Southampton awal pagi Ahad dan meninggal dunia sehari selepas itu. Sai Aletaha menyertai kejohanan dalam kategori 'lightweight' dalam kejohanan siri Fast & Furious yang dianjurkan oleh Lookborai dan Exile Gym. "Berikutan insiden yang terjadi pada Sabtu malam itu, kami dengan dukacita mengumumkan bahawa salah seorang peserta Sai Aletaha dari Lookborai mengalami kecederaan kritikal dan tidak dapat diselamatkan. "Semua peserta telah menjalani persediaan sebarang dalam menghadapi 99.9 peratus kemungkinan kecederaan berlaku. "Tetapi ia berlaku walaupun pihak kami telah menyediakan pasukan perubatan termasuk doktor, paramedik dan ambulan," tulis Looborai di Facebook. Siasatan mengenai insiden tersebut masih dijalan oleh pihak polis. - Dailymail.co.uk