suria

Seminggu selepas dipecat, Pochettino akhirnya bersuara luah perasaan

Pochettino bersama memeluk Mourinho dalam satu perlawanan sebelum ini.

MAURICIO Potchettino membuka mulut selepas seminggu dipecat sebagai pengurus Tottenham Hotspur.

Pengendali dari Argentina itu dipecat selepas lima tahun bersama Spurs.

Tugas Pochettino kini diambil alih bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Pochettino menafikan laporan mengatakan dia tidak mengucapkan selamat tinggal kepada bekas pemain-pemain selepas meninggalkan Spurs.

Jelas Pochettino, beberapa pemain datang berjumpanya secara peribadi.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Joe Lewis dan Daniel Levy kerana memberi peluang menjadi sebahagian daripada sejarah di Tottenham Hotspur.

"Juga terima kasih kepada semua orang yang saya temui di Tottenham, semua staf kelab serta pemain-pemian sepanjang lima tahun setengah berada di sini.

"Akhir sekali saya ingin membuat ucapan istimewa kepada semua penyokong yang menjadikan kelab ini menjadi hebat dengan sokongan luar biasa.

"Saya telah memberi yang terbaik untuk melengkapkan objektif yang diberitahu ketika pertama kali tiba di kelab. Ianya cabaran sukar dan sangat teruja dengan sukses yang dikecapi.

"Selamat maju jaya di masa depan dan saya pasti kita akan bertemu lagi," jelas Potchettino.

Pochettino dijangka tidak akan berehat lama kerana namanya dikaitkan dengan dua kelab gergasi lain, iaitu Manchester United dan Arsenal. -Dailymail.co.uk

Mauricio Pochettino, Spurs

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain