suria

Arsenal intai Rodgers untuk ganti Emery?

Rogers disebut-sebut sebagai calon yang berpotensi dan layak untuk mengambil alih posisi yang disandang oleh Emery sebelum ini. Foto: Getty Images

ARSENAL dilaporkan sedang memburu untuk mendapatkan khidmat Brendan Rogers susulan pemecatan Unai Emery.

Rogers disebut-sebut sebagai calon yang berpotensi dan layak untuk mengambil alih posisi yang disandang oleh Emery sebelum ini.

Rogers merupakan pengurus Leicester City yang kini menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Selain Rogers, calon lain yang disebut-sebut adalah Mikel Arteta dan Carlo Ancelotti.

Emery dipecat daripada jawatan pengurus Arsenal pada Jumaat, di mana Freddie Ljungberg akan memangku jawatan tersebut buat sementara waktu.

Memetik kenyataan rasmi, Arsenal berterima kasih kepada Emery dan pasukan kejurulatihannya yang telah bersama pasukan itu sejak tahun lalu.

"Kami mendoakan kejayaan buat Emery dan pasukan kejurulatihannya di masa akan datang. Tindakan ini diambil berdasarkan keputusan dan persembahan pasukan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.

"Kami juga telah meminta Ljungberg untuk memangku jawatan tersebut buat sementara waktu dan kami percaya dengan kebolehannya," katanya. - Asia.eurosport.com

Brendan Rodgers, Unai Emery, Arsenal

Artikel Lain