suria

Penyokong-penyokong Chelsea masih anggap Terry sebagai ‘hero’ di Stamford Bridge

Terry dan Lampard (kanan) kembali bertemu di Stamford Brige. Foto: Getty Image

BEKAS pemain legenda Chelsea, John Terry disambut mesra oleh penyokong-penyokong The Blues ketika tiba di Stamford Bridge dalam aksi bertemu Aston Villa.

Lebih menarik, Terry yang kini bergelar pembantu pengurus untuk Aston Villa masih menjadi sebutan buat penyokong-penyokong setia Chelsea.

Ketibaan Terry juga disambut mesra oleh bekas rakan sepasukan , Frank Lampard yang kini bergelar pengurus Chelsea.

Kain rentang menyambut kehadiran Terry di Stamford Bridge.

Perlawanan tersebut menyaksikan Chelsea menang 2-1 ke atas Aston Villa.

Terry masih dianggap sebagai pemain ikon di Chelsea dengan 717 penampilan dengan merangkul pelbagai trofi sepanjang kariernya bermula 1998 hingga 2017.

Kain rentang 'captain leader, legend' turut kelihatan di stadium serta poster 'Welcome Hohe JT'.

Terry melayan salah seorang peminat kecilnya ketika tiba di Stamford Bridge sempena perlawana Chelsea-Aston Villa.

Malah Terry juga turut meluangkan masa melayan peminat-peminatnya.

"Dia memang layak (mendapat sambutan semua penyokong) ketika kembali ke kelab dan mendapat penghormatan untuk John  kerana apa yang dia telah lakukan untuk kelab ini," jelas Lampard. - Dailymail.co.uk

John Terry, Aston Villa, Chelsea

Artikel Lain