JAMIE Vardy meneruskan aksi cemerlang dengan merekodkan sebagai pemain pertama menjaringkan gol lapan kali berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Vardy mencatat rekod jaringan dalam 11 perlawanan berturut-turut buat Leicester City yang perebutan gelaran trofi musim ini.
Bekas pemain England berusia 32 tahun ini antara penyerang prolifik sejak Brendan Rodgers mengambil alih The Foxes pada 3 Mac lalu.
Sejak itu dia berjaya meledak 24 gol keseluruhan, melebih tujuh gol daripada pemain-pemain lain.
Sejak Ogos sehingga September Vardy dilihat sukar disekat dan turut memecah rekod jaringan yang dilakukan Ruud van Nestelrooy ketika bersama Manchester United sebelum ini. - Onefootball