MANCHESTER United akan membuka pintu buat Paul Pogba untuk keluar dari Old Trafford. Sebelum ini United yakin Pogba akan terus bersama skuad utama selepas dia meluahkan mahu mencari angin baharu di kelab lain. Sportsmail difahamkan niat Pogba untuk berpindah ke Barcelona dan Real Madrid sejak dua tahun lalu. Pemain antarabangsa Perancis itu masih mempunyai baki kontrak 18 bulan dengan gaji 290,000 paun seminggu (RM1.6 juta) walaupun United telah memberi pilihan untuk menyambungnya sehingga Jun 2022. Pengurus Ole Gunnar Solskjaer mahu pemain berusia 26 tahun itu bukan untuk dijual. Namun dengan rancangan terbaharu kelab untuk menambah dua pemain tengah dan penyerang pada musim jendela perpindahan kelak bakal menyaksikan situasi baharu untuk Pogba. Tiga pemain yang menjadi perhatian United pada musim perpindahan termasuk pemain tengah Donny van de Beek (Ajax), Saul Niquez (Atletico Madrid) dan Erling Braut yang berkongsi ejen sama dengan Pogba (Mino Raiola) kini bersama Red Bull Salzburg merupakan penyerang utama menjadi sasaran Solskjaer ini.-Dailymail.co.uk