suria

Ljungberg minta Arsenal percepat lantik pengurus tetap

Ljungberg mahu pengurus tetap dilantik secepat mungkin.

PENGURUS sementara Arsenal Freddie Ljungberg yakin Arsenal kini perlu membuat keputusan lebih cepat bagi pencarian jurulatih tetap.

Selepas Unai Emery dipecat baru-baru ini, Ljungberg dilantik sebagai pengurus sementara.

Lebih membuatkan Ljungberg tertekan apabila The Gunners tewas 3-0 kepada Manchester City.

Sehingga kini skuad Arsenal hanya mencatat 12 kemenangan dalam semua perlawanan musim ini.

Bagaimana pun sejak Ljungberg dilantik, usaha mencari pengurus tetap masih belum diputuskan biarpun nama Mikel Arteta (pembantu pengurus Man City) menjadi sasaran utama.

Pada aksi tewas itu, kelihatan penyokong-penyokong keluar dari stadium lebih awal.

Namun Ljungberg tetap memuji aksi pemain-pemainnya.

"Saya orang Arsenal dan kami ntelah melakukan segalanya tetapi dalam sama perlu realistik.

"Terdapat jurang antara City dan Liverpool serta pasukan lain.

"Saya gembira dengan penyokong-penyokong yang memberi respon kepada pemain-pemain muda.

"Sudah tentu mereka dapat lihat perbezaan ini.

"Mereka menyanyi pada akhir perlawanan dan menghargai pemain-pemain muda," ujarnya. - onefootball

Artikel Lain