NEYMAR dianggap sebagai satu-satunya pemain yang dapat menggantikan Lionel Messi apabila bintang Barcelona itu menggantung butnya. Messi yang berusia 32 tahun menjaringkan lebih 550 gol apabila menyertai Barcelona sejak zaman remajanya. Pemain kelahiran Argentina itu masih mempunyai 18 bulan bagi kontraknya di Nou Camp. Bagaimanapun legend Brazil, Rivaldo percaya salah seorang bekas rakan sepasukannya hanya mampu menggalas tanggungjawab tersebut. Neymar, 27, menjaringkan lebih 150 gol untuk Barcelona sebelum dijual kepada Paris Saint-Germain pada 2017. Dia dikaitkan dengan hasrat untuk kembali ke La Liga, dengan Barcelona dan Real Madrid berminat untuk mendapatkannya. Rivaldo percaya Barcelona harus membawa Neymar pulang ke Sepanyol. - Mirror