suria

Empat pemain cilik bakal terbang ke Jepun, jalani latihan bersama Fagiano Okayama

Pemain kelab Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh bersama peserta-peserta program akar umbi bola sepak yang dianjurkan Yakult Malaysia.

SERAMAI empat pemain cilik bertuah terpilih untuk menjalani latihan bersama Kelab Fagiano Okayama tahun depan.

Fagiano Okayama tidak asing lagi buat peminat bola sepak tempatan memandangkan ia merupakan kelab yang disertai muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Hadi bakal terus berkelana di Okayama selepas kontrak yang berakhir bulan ini disambung untuk tempoh setahun lagi.

Hadi bermain bersama salah seorang peserta Klinik Bola Sepak Akar Umbi Fagiano Okayama.

Berikutan itu, Fagiano Okayama yakin dengan bakat yang dimilliki bakat-bakat muda negara yang berbakat dan telah memilih empat pemain terbaik Bawah 12 Tahun melalui program Klinik Bola Sepak Akar Umbi Fagiano Okayama yang di adakan di empat lokasi utama sejak 21 Disember lalu.

Antara negeri yang terlibat pada sesi pemilihan tersebut adalah Pulau Pinang, Kelantan, Kuala Lumpur dan Melaka. Program ini dianjurkan oleh Fagiano Okayama bersama dengan syarikat minuman probiotik terkemuka, Yakult (Malaysia) serata dan turut ditaja oleh Eastool Industries, Nagase (Malaysia) dan Rohm Wako Electronics (Malaysia).

Antara pemain-pemain yang bertuah terpilih adalah Syazril Izwan Shairunizam (Pulau Pinang),  Khairul Faiz  Nor Azhar (Kelantan), Muhammad Muizs Hakimi dari Kuala Lumpur dan Muhammad Shazwan Danish Dharmadeydaya (Melaka).

Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada yang juga merupakan penganjur bersama program ini menyifatkan sambutan yang di terima oleh orang ramai sangat menggalakkan.

Hamada bersama peserta dari Kuala Lumpur yang terpilih ke Jepun tahun depan.

“Sambutan yang di terima cukup menggalakkan di mana lebih dari 3,400 orang dari seluruh negara telah mendaftarkan diri bagi menyertai program ini.

"Bagi program ini kami hanya menerima pendaftaran hanya mengambil seramai 200 orang di setiap lokasi.Mungkin tahun depan jumlah ini akan kami tingkatkan.

“Saya melihat pemain cilik negara ini mempunyai bakat yang tinggi. Perkara ini diakui juga oleh jurulatih-jurulatih dari kelab Fagiano Okayama yang menjalankan program ini di mana mereka melihat bakat yang menarik dipamerkan di setiap lokasi.

"Saya yakin dan percaya bahawa pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi adalah pada tahap yang baik selaras dengan usaha kerajaan Malaysia yang ingin membawa bola sepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi."

Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh, Yakult

Artikel Lain