DALAM zaman teknologi, memiliki pengikut yang ramai dalam sosial media banyak memberi kelebihan buat seseorang. Pemain Juventus, Cristiano Ronaldo misalnya, menjana pendapatan lumayan sebagai selebriti media sosial, melebihi wang yang diterimanya sebagai pemain bola sepak. Dia menjana pendapatan AS$47.8 juta (RM196 juta) menerusi pelbagai iklan produk di media sosial itu. Pendapatannya sebagai pemain bola sepak pula berjumlah AS$35 juta (RM143.6 juta) pada tahun lalu. Ia ternyata melebihi angka yang diterima oleh selebriti media sosial lain seperti Kylie Jenner dan rakan pesaingnya, Lionel Messi. Menurut sumber, Ronaldo yang memiliki 196 juta pengikut dibayar hampir RM4.10 juta bagi setiap posting di Instagram. - Business Insider